28 Nov 2018

PIXAJOY PHOTOBOOK MURAH

Hai. Selamat Sejahtera. Selain Shaklee , Wani juga mengambil tempahan membuat mini photobook. Selain harga berpatutan, kualiti gambar juga cantik. Ramai berpuashati dengan pixajoy photobook ni.

PIXAJOY PHOTOBOOK.

Harga termasuk kos pos
RM30 Semenanjung
RM40 Sabah & Sarawak

●100 gambar
●48 muka surat 
●Mini Softcover
●Square size 6' × 6'
●All pages laminated for a longer lasting protection.
●Editing + Printing + Pos= Anggaran 7-10 hari untuk dapat photobook.

CARA ORDER PHOTOBOOK

1. Buat pembayaran dahulu. Sila whatsapp wani dahulu untuk dapatkan no akaun ya.

2. Hantar bukti pembayaran , nama , alamat lengkap dan no hp. ( Untuk pos)

3.Kemudian hantar gambar untuk cover depan dan belakang dulu. Hantar gambar guna whatsapp.

4. Caption @ ayat ringkas. 1-6 patah perkataan utk cover depan.

Contoh : 

My Lovely Family , Syurgaku, My Happy Family, Nama Anak2, Majlis Graduasi atau apa-apa sahaja. Kami akan ikut yang anda tetapkan.

P/s : Kita akan print gambar sepertimana yg dihantar. Jika gambar gelap sila edit dan terangkan siap-siap ya.

5. Hantar baki 100pcs gambar pula. Kemudian tunggu sahaja sampai kami pos barang.

Mudah je kan nak order photobook ni. Jom abadikan kenangan gambar-gambar yang tersimpan dalam gallery hp anda. Sebelom hp hang @ gambar hilang @ terpadam. Nangis woo. 

Ni antara feedback customer wani :
























Haa banyak lagi sebenarnya feedback dari customer.. Alhamdulillah semua bagi respon yang baik. 

Berminat dan serius nak order boleh direct whatsapp wani. NO CALL YA. Thanks.

Wani - 019-2833710
FB : Noor Malawani
Shopee : noormalawani 
Page fb : MakWani.Com

26 Nov 2018

SHAKLEE PUCHONG : B COMPLEX SHAKLEE



Apa itu Vitamin B-Complex?

Biasa kita dengar. Vitamin ini vitamin yang paling biasa orang makan. Budak makan, orang mengandung makan, dalam roti pun ada vitamin b juga.

Vitamin B-Complex merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut dalam air. Kumpulan B-Complex terdiri daripada sebelas vitamin B iaitu:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B11
7. B12 (cobalamine)
8. Acid folic
9. Asid panthothenic
10. Biotin
11. Animo Asid 

Kelebihan Vitamin B Complex 

Vitamin ini bertindak sebagai:

•membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

•membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)

•Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban,membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku

•Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran.

•Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecatatn spina bifida.

•Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik.


Shaklee Vitamin B-Complex

Apa kelebihan dan perbezaan dengan vitamin B complex yang lain di farmasi-farmasi sana?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan Vitamin B, Vitamin B-Complex Shaklee juga :

•Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.

•Mudah di telan

•Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

•Peningkatan penghantaran zat


Shaklee B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan jayanya. huhuhuhu. Itu pentingnya konsultasi dari pengedar shaklee yang sah. Macam wani. Hihi

Kepentingan Pengambilan Vitamin B complex Shaklee:

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. 

 Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. 

 Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. 

Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

Jadi anda di mana? kalau anda seorang yang cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...itu tandanya anda kekurangan Vitamin B..ingat..Vitamin B Complex Shaklee!



Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 

Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.


25 Nov 2018

SHAKLEE PUCHONG : TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN GLA DAN B COMPLEX

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG

Whatsapp - 0192833710 wani

Hi. Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Sangat teruja nak buat entry ni. Bila ada kawan-kawan kita yang sedang TTC ( Trying To Conceive) telah berjaya hamil dengan Gla dan B complex dari Shaklee. Alhamdulillah Shaklee sebagai asbabnya.

Entry sebelom-sebelom ni Wani ada cerita sedikit yang Wani juga penah TTC selama 3 tahun dan Alhamdulillah di izinkan Allah mendapat anak sulong pada tahun ke 3..

Wani pernah buat pap smear , amik ubat2 klinik (konsultasi dari doktor) , berurut , segala macam petua Wani dan suami buat. Usaha & tawakal.

Jadi Wani applykan cara makan Shaklee tu mengikut cara makan yang doktor ajar semasa wani under konsultasi dengan doktor. Alhamdulillah ramai yang telah berjaya dengan izin Allah. Zaman juga dah maju. Macam-macam cara juga untuk kita detect kesuburan.

Disini wani ingin kongsikan antara testimoni dari customer wani yang berjaya hamil dengan Gla dan B complex Shaklee.


Ni kawan sekolah wani yang try pertama kali. Tambahan dia ambil Esp juga untuk kuatkan rahim. 2 tahun berkahwin dan ingin mencuba shaklee. Shaklee sebagai Asbab. Selang 2bulan kemudian disahkan hamil. Alhamdulillah.


Nak bajet? Ambil dulu Asid Folic Shaklee @ B complex. Akak ni dah pernah ada anak. Tapi anak dah besar usia 7 tahun. Rindu nak ada baby. Period pon tak de masalah katanya cuma susah nak lekat sahaja. Nama pun rezeki. Konsisten 3-4bulan disahkan hamil. Alhamdulillah..


Customer Indian. Beliau ambil GLA complex sahaja. Happy for u dear. ^_^


Siapa ada masalah period tak teratur? Elok sangat la cuba GLA ni.. Bila period teratur, mudah untuk kita detect hari subur atau cycle kita kan. Ada rezeki manatau hamil terus. ^_^


Akak ni nak TTC anak ke 3. Period tak teratur jadi susah nak lekat. Alhamdulillah. Sebotol je period terus jadi regular dan dengan Izin Allah , akak ni juga hamil. Alhamdulillah.^_^



Memang ramai panggil mak wani @ mak. Hihi.


Alhamdulillah.. Berkongsi ilmu dan tips dengan mereka yang memerlukan.

Semua ni ada cara makan KHAS untuk customer wani sahaja dengan pembelian SET KESUBURAN SHAKLEE. Macam wani kata tadi, wani applykan cara makan ya g doktor ajar. Insyaa Allah kita usaha sahaja. Selebihnya atas Izin Allah.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 

Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

POWER PUMPING





Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. 

Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu 
●Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.

2- Ibu yang menyusukan anak angkat ●Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.

3- Ibu yang ingin relaktasi
● Menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. 

Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya.

 Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya

(CREDIT TO UmmiErna)

Memerah dengan tangan


- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran

- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah

- sediakan bekas yang bersih dan steril

- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa

- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa

- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)

- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks

- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu

- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)

- tekan payudara ke belakang ke arah dada

- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan

- teruskan memicit sehingga susu keluar

- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril

- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar

- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)

- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu

- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi

- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir

- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara


Panduan-Panduan Lain

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan

2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)

3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan

4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump

5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)

6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)

7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


APA KATA MEREKA..??





Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk makanan tambahan yang bersesuaian serta membantu meransang pengeluaran susu ibu, boleh terus whatsapp saya.


Anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 

Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

27 May 2018

MEMBANTU TAMBAH SUSU BADAN DAN KEKAL BERTENAGA

Hai.. Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Hari ni hari ke 27 wani berpantang. Alhamdulillah masih diberi rezeki baby untuk menyusukan sepenuhnya tanpa campuran susu fm. Orang kata untung la kau banyak susu badan. Sebenarnya Wani bukan kategori susu badan melimpah ruah. Wani memang tak de pam susu buat stock. Wani pun bukan jenis bengkak susu melampau-lampau. Susu sekadar mencukupi keperluan baby sehari harian.

Wani kena terus makan makanan yang berkhasiat dan minum air dengan kerap.. Nasi memang wajib makan atleast sehari 1 kali. Kalau tak gigil lutut oii.. Haha.. Walaupon ini anak ke 5 wani , wani sentiasa cuba untuk menyusukan baby selama yang boleh.. Macam wani kata , wani bukan jenis susu badan melimpah ruah. Tapi wani sentiasa set dalam kepala, susu aku cukup untuk anak aku. Sentiasa positif. Jangan sesekali jatuhkan motivasi diri.

Wani tahu ramai yang macam wani. Bak kata orang , susu cukup cukup makan je. Oleh itu wani galakkan orang ambil supplement. Makanan tambahan yang bantu mencukupkan keperluan vitamin dalam tubuh. Baru la tubuh menghasilkan susu yang cukup dan mengenyangkan untuk baby.

SET MENYUSU (FULL SET)

TESTIMONI SET MENYUSU



Setiap satu vitamin ada kebaikannya tersendiri. Anak 5 ni perlukan extra tenaga. Jadi Full Set ni adalah pilihan wani. Bezanya, wani hold Alfalfa dulu sebab baby baru baik kuning. Nanti dah habis pantang atau baby dah 2-3 bulan baru ambil alfalfa.

Cara makan dia pon bukan sekali telan.. hihi. Tak ada bajet nak beli satu set? Tak de masalah. Boleh beli loose.. Ada dijual satu-satu. Wani boleh cadangkan vitamin yang bersesuaian dan yang kena dengan bajet anda. ^_^ Cara makan juga akan disertakan sekali selepas pembelian dibuat.

Paling best adalah ESP. Wani minum pada waktu malam. Mix dengan oat / nestum / tamar koko. Bantu meransang pengeluaran susu. Waktu malam susu kita akan produce lebih banyak dari waktu siang. Geleguk geleguk bunyi baby minum. Kita dengar pon syok je kan. Tak la baby meragam waktu malam. Dia kenyang. hihi.

TESTIMONI ESP





Menyusu cepat hauskan. Wani ambil PERFORMANCE DRINK juga. Bantu elak badan kering air atau dehydrate. Suami wani pon minum PD ni. Dia bekerja tengah panas, memang elok minum elakkan strok haba.. Bulan puasa nak elak haus yak amat, elok la standby PD ni. Sangat berbaloi.




 TESTIMONI PERFORMANCE DRINK






Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. 

Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.^_* 

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi seperti yang tertera dibawah :


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.


~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.