4 Nov 2016

PART 2 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

PART 2 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

Sambungan dari part 1...

Nurse check jalan dah 4cm. Mereka call Labour Room untuk standby kan satu bilik untuk mak. Masa tu jam pukul 2-2.30 petang, mak terus bancuh ESP MEALSHAKES PERFORMANCE DRINK yang mak dah letak dalam shaker siap-siap. Inilah minuman tenaga 3 serangkai mak. Kemudian mak jalan-jalan lagi keliling wad dalam 10minit. Dari pagi tadi sampai petang mak dah lama sangat berjalan, mak perlu  rehat sebab kejap lagi nak teran baby dah.  Walaupon tengah contraction, mak ambil keputusan untuk lelap sekejap. 

Dari pukul 3 sampai pukul 4.30 mak tidur-tidur ayam. Paksa pejam kan mata. Rehatkan badan dan kumpul tenaga.. Pukul 4.30 mak bangun terasa segar. Kesan pengambilan air tenaga 3 serangkai Shaklee tu la. Hehe.. Mak cuci muka dan ajak suami teman jalan-jalan kat wad lagi.. Baru 10langkah terus datang contraction kuat. Masa tu tetiba mengalir air mata. Menahan sakit gamaknya.. Huhu. Doktor yang lalu dekat situ tegur. " Awak macam dah sakit sangat, mari saya check awak". Seluk dah 5cm. Doktor suruh nurse tolak terus ke Labour room.

Labour room agak penuh. Mak dimasukkan bilik agak hujung. Nurse tu cakap, ni bilik sementara. "Kejap lagi kita nak tolak awak bilik depan kaunter. Awak twin kena pemantauan lebih. Bilik depan dorang tengah kemas orang baru bersalin. Kita pasang CTG dulu ye."

 Ketika tu jam tepat pukul 5 petang, Nurse seluk lagi sebelom keluar. "Ok dah 6cm. Awak pernah bersalin kan sebelom ni. Jadi awak tahu rasa kalau baby nak keluar kan. Tekan button ni ye. Jgn push sekarang nanti kepala baby bengkak sebab baru 6cm. Nanti saya masuk balik ye" . Mak hanya angguk tanda faham. 

Jam 5.30 dorang tolak masuk bilik yang betul- betul depan kaunter. Mudah dan cepat doktor nak berlari masuk. Alhamdulillah. Semua doktor perempuan. Lepas tu suami datang masuk. Teman pegang tangan mak sepanjang contraction. Terima kasih suami. Huhu.. Contraction makin kuat dan kuat.. Ketap-ketap gigi menahan sakit.. Doktor masuk dan berkata, "Ok kita akan pecahkan air ketuban ye." Pulpppp.. Bunyi air ketuban pecah. Hehe.. Comel bunyi die.. Macam terkentut dalam air. Haha. Kejap-kejap doktor keluar masuk bilik tu. Seluk 7cm.. Seluk 8cm... Seluk 9cm.. Pukul 6 petang mak dah rasa nak teran. Doktor kata boleh teran sebab dah nampak kepala baby.

Teran dan teran keluar la first twin mak.. Keluar je terus menangis. Selepas baby keluar, seorang nurse lagi tolong tekan perut bagi kepala second baby masuk laluan dan tak berpusing-pusing. Selalu kes second twin czer adalah sebab baby dah berpusing-pusing dan heartbeat dah slow. Tu worst case la. Syukur yang ada masa tu doktor-doktor pakar dan sister-sister yang berpengalaman. Sempat lagi nurse say sorry dekat mak sebab terpaksa tekan perut kuat sikit. Berbudi bahasa walaupon keadaan tengah tegang. Bagus betul dorang ni puji mak dalam hati.

 "Ok first baby 6.04 pm. Ibu ni baby apa" sambil bukak celah kangkang baby. "Baby boy" balas mak. Mak senyum. Rasa lega sekejap.. Lepas tu dorang bawak keluar baby untuk check selebihnya. Doktor suruh relax sekejap dan ambil nafas. "Ok ibu, kita nak pecahkan air ketuban second twin pula ye." Pulpppppp.. Terpancut air ketuban hampir terkena baju doktor. "Fuh nasib baik saya sempat elak." Tergelak kami laki bini kat situ. Haha.

 "Ok, next contraction teran sekuat hati ye ibu." . Tak dinafikan separuh tenaga dah habis lepas keluar first twin. Dalam hati saja mak mampu berdoa. Ya Allah.. Berikan aku kekuatan dan semangat untuk teruskan perjuangan ni. Mak tarik nafas panjang-panjang dan bersedia. Contraction datang balik dan Mak teran sekuat hati. Teran dan teran.. Tapi baby tak keluar. Mereka suruh berhenti meneran. Dah berderau darah mak. Takut ada apa apa yang tak kena. 

"Ibu, stop push ye. Saya nak seluk dan check kenapa baby tak keluar sebab ibu dah teran kuat".. Kemudian masuk satu lagi doktor pakar dan check mak juga.. "Ibu, kepala baby mendongak sedikit. Sebab tu awak teran-teran dia tak keluar. Kita nak betulkan kepala dia dulu. Kita akan vacuum sedikit ye untuk tundukkan kepala dia". Mak angguk sahaja. Apa sahaja asalkan baby selamat.

"Bapa, kita akan vacuum sekejap. Kita minta bapa keluar sebentar ya. Boleh jenguk first baby dulu kat luar. Minta maaf ya" . Tenang btul doktor tu. Cakap pon lembut je. Sebenarnya mak tak tau pon apa tu vacuum. Tak rasa apa dah kat bawah tu. Huhu. Mereka just betulkan posisi kepala je. Lepas tu mereka suruh teran. Tak de pulak kene vacuum sedut tu. Hehe. 

Next contraction. Mak teran sekuat hati. Suami baru keluar 3-5minit terus dengar suara baby dari dalam bilik. Mak selamat lahirkan lagi seorang baby boy sempurna sifatnya. Posisi kepala dah betul , sekali teran terus keluar. Alhamdulillah. Selamat dah anak-anak mak lahir. Giliran mak pula. Doktor keluarkan uri. Masa yang paling seriau lepas keluar uri adalah jahit. Huhu. Lepas keluar uri, doktor bersih-bersihkan semua. Waktu nak jahit tiba-tiba doktor cakap. "Eh. Tak ada koyak apa-apa la. Jadi tak perlu jahit lah. Kami akan bersihkan darah sahaja". 

"Betul ke doktor?. Alhamdulillah. " Mak rasa nak lompat bintang masa ni. Haha. Doktor gelak dan cakap " Mesti awak tunggu je kan saya cakap macam ni "..Siapa yang suka kene jahit doktor oiii.. hahha.. Doktor dan nurse keluar bilik. Tinggalkan sorang doktor saja untuk bersihkan  darah-darah beku dalam rahim mak ni. Sebelom dorang keluar mak hanya mampu ucapkan terima kasih banyak-banyak. Doktor senyum dan ucapkan tahniah. Cara dorang handle situasi tu memang pro sangat. Mak agak kagum sebab tak jahit. Sedangkan second twin kena vacuum kejap kan.. Teknik dan cara mereka tu juga sangat-sangat membantu mengurangkan jahitan. 

Maka  telah lahir lah sikembar kesayangan mak pada usia kandungan 38minggu. Abang 2.57kg. Adik 2.7kg.. MCDA twin. Kembar seiras. Mak belanja gambar fresh dari labour room lagi. Sory mak tutup muka. Lawooo sangat la time tu kalah che ta.. Hahhahaha.


Gambar kat bawah ni masa dah naik wad..


Letak dalam katil baby tak mo. Semua nak tido kat katil dengan mak. Hehe



Cuba teka mana abang mana adik.. Hehe. Kanan abang. Kiri adik. Alhamdulillah syukur.. Tak perlu masuk nicu ke pape. Paru-paru semua dah matang. Sihat walafiat. Lega ni tak tahu nak kata macam mana. Kadang -kadang kita membayangkan macam-macam. Tapi Allah beri yang terbaik untuk kita lalui semua tu. 30 Julai 2016. Lahir anak-anak mak. 6.04petang dan 6.21petang. Petang keesokkan harinya mak dapat balik. ^_^

Mak doakan pada sesiapa yang sedang tunggu hari nak bersalin tu,semoga dipermudahkan semuanya. Vitamin Shaklee jangan lupa ok. Tak tau nak ambil yang mana? Boleh whatsapp mak. Sampai sini dulu mak share pengalaman indah mak bersalinkan twin ni. Nanti mak akan kongsikan gambar-gambar terkini sikembar. Terima kasih sudi membaca blog mak. ^_^

Salam sayang dari Mak Anak Empat.. *_^

====================================
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.