1 Dec 2016

KRIM UNTUK RUAM SUSU , RUAM PAMPERS , RUAM BADAN , EKZEMA , ALERGI , KULIT KERING , TUMIT MEREKAH , PARUT , GIGITAN SERANGGA


KRIM UNTUK RUAM SUSU , RUAM PAMPERS , RUAM BADAN , EKZEMA , ALERGI , KULIT KERING , TUMIT MEREKAH , PARUT , GIGITAN SERANGGA

Hai. Assalammualaikum.. Selamat Sejahtera. Siapa ada masalah seperti tajuk diatas? Hanya satu botol untuk semua masalah ini. HERBAL BLEND CREAM SHAKLEE. Hanya berharga RM39 / 113gram. Masalah ruam , ekzema , alergi , kulit kering, tumit merekah, parut dan gigitan serangga semakin pulih. Tak percaya? Kat bawah ni ada antara testimoni customer wani sendiri. Setiap bulan berpuluh botol terjual. Sangat- sangat laku. Sebotol tahan berbulan-bulan. Jimat ^_^

Testimoni 1 : Ruam Baby & Gigitan Nyamuk


Testimoni 2 : Mengurangkan keradangan( Luaran sapu herbal blend pada muka dan tubuh yang bengkak akibat keradangan)



Testimoni 3 : Ruam Baby & Kulit Kering



Testimoni 4 : Kulit kering & Ekzema



Testimoni 5 : Ruam Leher



Testimoni 6 :  Ruam Pampers



Testimoni 7 : Ruam panas



Testimoni 8 : Kaki Merekah



Testimoni 9 : Tumit Pecah



Testimoni 10 : Ruam Baby



Testimoni 11 : Kulit Kering & Tumit Kering



Testimoni 12 : Tumit Merekah, Ruam Baby , Parut , Kulit Kering





Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.

Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

CARA MENDAFTAR AHLI SHAKLEE

Hai. Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Hari ni 30 November 2016. Closing Day untuk semua ahli-ahli shaklee.. Hari ini juga last promosi Buy 3 Free 1 untuk produk ALFALFA dan LECITHIN.. Lepas ni kalau beli 3 botol dah tak dapat free  sebotol dah ye. ^_^

Closing pada hari ni sangat penting bagi surirumah macam mak ni. Closing ini lah yang menentukan income bulanan mak pada bulan depan. Kita usaha lebih,dapat lah lebih. Mak bersyukur dapat cari income tambahan walaupon hanya sebagai surirumah. Dapat menjaga anak-anak depan mata. Tiap-tiap bulan still ada gaji lepas la bayar bil-bil rumah ^_* . Dapat bantu suami sikit-sikit. Dapat duit poket sikit. Sambil tu dapat bantu mereka meningkatkan taraf kesihatan. 

Bagi mereka yang mencari bisnes kukuh pasaran, mudah dan tanpa perlu tinggalkan anak-anak boleh la whatsapp / telegram wani untuk info lebih lanjut. Mak cuba bantu perkenalkan shaklee kepada anda. ^_^ Shaklee dah berada lebih 50tahun dipasaran Malaysia. 

Ada DUA cara untuk mendaftar:

1)Pendaftaran RM69
-Kos pos RM10.60 Semenanjung / RM21.20 Sabah Sarawak

2)Pembelian melebihi 200uv= RM750 / -

-Free pendaftaran (RM69)
-Cash Rebate
-Kos pos RM10.60 Semenanjung / RM21.20 Sabah Sarawak

Pilih nak daftar cara yang mana, kemudian whatsapp wani terus ^_* wani akan guide satu persatu.
Anda boleh walk-in sahaja ke lokasi cawangan Shaklee di bawah atau pun boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat tentang produk Shaklee.
Senarai Lokasi Cawangan/Branch Shaklee di Malaysia

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia


Shaklee Products (M) Sdn Bhd Level 9, The Pinnacle,
Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
 Selangor Darul Ehsan

Tel: 603-5622 3188 Fax: 603-5622 3099


Waktu Perniagaan Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

Sila hubungi: Puan Suknit Kaur, Pengurus Jualan & Pemasaran

Pejabat Cawangan atau Branch Shaklee di Seluruh Malaysia


Cawangan Shaklee
Waktu Perniagaan
Peta Lokasi
Kuala Lumpur
No. 32, Jln Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Penang 
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Hubungi :
Cannie Teoh (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Ipoh
 32, Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
Hubungi:
Eunice Lau (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,Taman Molek,81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188
Hubungi :
Fiona Chow (Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Bharu
19, Section 25, Bandar Kota Bharu,Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Hubungi :
Anuar (Penyelia Cawangan)
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,Lorong Poin Neutron,Jalan Lintas Khidmat,88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851
Hubungi :
Olivia Fernandez
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga:
10:00 a.m. to 7:00 p.m


KHAS UNTUK MEREKA YANG BOLEH WALK IN KE BRACH SHAKLEE.

  1. Apa yang perlu anda buat ialah anda hanya perlu pergi ke kaunter dan isikan borang pendaftaran ahli.
  2. Kemudian yang paling penting jangan lupa untuk memasukkan nombor ID Shaklee saya iaitu 929525 NOORMALAWANI sebagai penaja dan ANDA AKAN TERUS LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HARGA AHLI.
  3. Pendafaran melalui dua cara seperti saya nyatakan diatas. RM69 atau pembelian 200uv= rm750 untuk keahlian Shaklee seumur hidup.
  4. Selepas siap isi borang hantar ke kaunter buat pembayaran dan terus dapat produk Shaklee pujaan hati anda untuk di bawa pulang ke rumah. Mudahkan? Lepas itu jangan lupa call/ whatsapp wani ye ^_^

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

5 Nov 2016

PENGALAMAN BERPANTANG ANAK KEMBAR

PENGALAMAN BERPANTANG ANAK KEMBAR

Hai. Assalammualaikum. Selamat sejahtera.. Alhamdulillah wani dah selamat bersalin sikembar secara normal pada 30 Julai 2016. Pertama kali berpantang dengan dua baby. Jadi agak kelam kabut sikit. Haha. Belajar nak bahagi masa urus anak satu persatu.. Gambar kat bawah ni baru sampai dekat rumah. Dedua menangis , jadi satu kat riba satu mak dukung. Haruuuu.. Masa ni suami pergi ambil anak-anak yang lain kat rumah kawan. Mereka tolong jaga semantara wani kat hospital.




4 orang anak ada kat rumah. Mak handle sikembor , abahnya handle anak yang besar 2 orang.. Lepas anak- anak semua dah tidur, wani bancuh ESP Mealshakes Tamar Cocoa.. Milkbooster wani. Kejap lagi penuh nenen. Minum sebelom tido sangat digalakkan sebab waktu malam susu badan lebih banyak terhasil. Nak menyusu dua baby sekaligus juga bukan mudah tapi wani sentiasa jaga mindset. Wani mampu dan selalu kata susu aku banyak dan cukup untuk anak-anak. 

Demand banyak jadi mak kena supply pon banyak.. Tapi kena jaga ye jangan sampai bengkak susu.. Air masak sebotol kat sebelah dah siap bancuh dengan Performance Drink.. Performance Drink ni elakkan badan kita kering dan memberi tenaga. Bangun malam-malam mesti minum sebab kita bangun menyusu sejam sekali. Huhu. Bergilir-gilir sikembor ni bangun. Kadang-kadang serentak. Jadi mak akan susukan serentak juga la. Tampung badan baby guna bantal menyusu. Ada bermacam-macam posisi menyusu untuk anak kembar. Cari mana yang selesa pada baby dan anda sendiri.


 Ini contoh posisi yang wani selalu buat.

Ini pula contoh-contoh lain.

3 minggu pertama sangat mencabar pada waktu malam.. Kadang-kadang nak bertepuk manjang.. Kadang-kadang menangis nak berdukung sahaja. Seolah ada saja yang tak kena. Anak-anak wani semua tidur tak berbuai. Tidur kat bawah saja.. Mudah nak bergerak kemana-mana tanpa buai.. Awal-awal ni baby memang suka bertepuk nak tido. Jadi kena sabar ok kalau nak elak guna buai ni.. huhu.. Kalau sikembor ni dah tidur nyenyak, nak bercakap pon pelan-pelan. Cicak bunyi pon mak marah. Haha.. Tapi kan bila orang datang melawat cakap kuat-kuat semua nyenyak je tido. Bila orang dah balik , mak kentut tersepit pon korang bangun. Kehkehkeh

Alhamdulillah. Masuk usia sebulan tengkuk baby makin kuat nak mengangkat. Jadi wani cuba tidokan mereka meniarap. Akhirnya.. Cara ini berjaya. Mereka lebih nyenyak waktu malam. Bangun hanya menyusu sahaja. Dah tak menangis malam mintak tepuk bagai. Tidur siang pon dah tak tepuk sangat. Pandai-pandai la tido sendiri. Mak hanya pantau dari jauh.. Susu badan pula masih meriah. Mak konsisten amalkan SET BERPANTANG SET MENYUSU SHAKLEE. Cukup segala nutrisi yang disalurkan. Nurse pon kata teruskan je makan vitamin. ^_^ 



Set Berpantang Shaklee ni secara tak langsung jadi milkbooster jugak tau. Ini kali kedua wani berpantang guna set shaklee. Wani berpantang sendiri. Mak dan mertua dah tiada. Suami je la yang tolong. Alhamdulillah kami boleh uruskan sendiri selagi mampu.. Pagi-pagi wani akan siapkan mandi baby dahulu. Bagi susu sampai kenyang dan tidurkan balik. Kemudian baru wani akan mandi, bengkung , sapu minyak panas. Malam baru berurut dan bertungku sebab masa tu baru mereka tidur lama sikit. Ni gambar budak dua ketul kesayangan mak kanan HADAR & kiri MUZAFFAR. 



Ini la dua ketul yang selalu main dalam perut mak. Tak sangka dah keluar. Hehehe.. Gambar ni masa baby baru 3-4hari tak silap.. Bagi ibu-ibu yang sedang menanti hari-hari untuk bersalin, mak doakan semoga dipermudahkan. Percayalah sangat sangat berbaloi anda gunakan set berpantang shaklee.. Halal Selamat dan Berkesan..

Ada sesetengah ibu-ibu mengalami sembelit atau buasir selepas bersalin  sebab anda meneran dengan kuat semasa bersalin. Jangan pandang enteng. Sila ambil serius. Rawat segera sebelom semakin parah. Set Berpantang shaklee ni sangat membantu sembelit dan buasir. Wani cakap berdasarkan pengalaman wani sendiri. Ostematrix sangat-sangat membantu masalah sembelit dan buasir. Tambahan ambil Omega juga. Insyaa Allah akan semakin pulih..Jangan malu-malu ok. Meh whatsapp wani, wani akan bantu.^_^

 Inilah kelebihan produk shaklee, boleh dimakan sepanjang masa. Ketika hamil , berpantang , menyusu lepas tu hamil balik pulak.. Bila mau habiss daaa.. Hahaha. Kita banyak kali mengandung, dah berapa banyak hilang kalsium dan zat-zat dalam tubuh. Dekat sini la peranan vitamin. Top up balik yang hilang. Sebab tu la bila dah banyak anak kita senang sakit-sakit la, sakit pinggang , sakit tumit , lemah badan ,rambut gugur teruk dan macam -macam lagi. Semua tu kesan dari kita hamil dan beranak. Lagi pon kita bukan 24jam makan sayur, minum susu bagai. Piramid makanan pon silap-silap tak ingat dah. Haha..

Pejam celik habis sudah 44hari berpantang.. Wani tetap teruskan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee untuk meneruskan perjalanan penyusuan sikembar sehingga 2tahun. Semoga dipermudahkan. Amin ^_^

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

4 Nov 2016

PART 2 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

PART 2 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

Sambungan dari part 1...

Nurse check jalan dah 4cm. Mereka call Labour Room untuk standby kan satu bilik untuk mak. Masa tu jam pukul 2-2.30 petang, mak terus bancuh ESP MEALSHAKES PERFORMANCE DRINK yang mak dah letak dalam shaker siap-siap. Inilah minuman tenaga 3 serangkai mak. Kemudian mak jalan-jalan lagi keliling wad dalam 10minit. Dari pagi tadi sampai petang mak dah lama sangat berjalan, mak perlu  rehat sebab kejap lagi nak teran baby dah.  Walaupon tengah contraction, mak ambil keputusan untuk lelap sekejap. 

Dari pukul 3 sampai pukul 4.30 mak tidur-tidur ayam. Paksa pejam kan mata. Rehatkan badan dan kumpul tenaga.. Pukul 4.30 mak bangun terasa segar. Kesan pengambilan air tenaga 3 serangkai Shaklee tu la. Hehe.. Mak cuci muka dan ajak suami teman jalan-jalan kat wad lagi.. Baru 10langkah terus datang contraction kuat. Masa tu tetiba mengalir air mata. Menahan sakit gamaknya.. Huhu. Doktor yang lalu dekat situ tegur. " Awak macam dah sakit sangat, mari saya check awak". Seluk dah 5cm. Doktor suruh nurse tolak terus ke Labour room.

Labour room agak penuh. Mak dimasukkan bilik agak hujung. Nurse tu cakap, ni bilik sementara. "Kejap lagi kita nak tolak awak bilik depan kaunter. Awak twin kena pemantauan lebih. Bilik depan dorang tengah kemas orang baru bersalin. Kita pasang CTG dulu ye."

 Ketika tu jam tepat pukul 5 petang, Nurse seluk lagi sebelom keluar. "Ok dah 6cm. Awak pernah bersalin kan sebelom ni. Jadi awak tahu rasa kalau baby nak keluar kan. Tekan button ni ye. Jgn push sekarang nanti kepala baby bengkak sebab baru 6cm. Nanti saya masuk balik ye" . Mak hanya angguk tanda faham. 

Jam 5.30 dorang tolak masuk bilik yang betul- betul depan kaunter. Mudah dan cepat doktor nak berlari masuk. Alhamdulillah. Semua doktor perempuan. Lepas tu suami datang masuk. Teman pegang tangan mak sepanjang contraction. Terima kasih suami. Huhu.. Contraction makin kuat dan kuat.. Ketap-ketap gigi menahan sakit.. Doktor masuk dan berkata, "Ok kita akan pecahkan air ketuban ye." Pulpppp.. Bunyi air ketuban pecah. Hehe.. Comel bunyi die.. Macam terkentut dalam air. Haha. Kejap-kejap doktor keluar masuk bilik tu. Seluk 7cm.. Seluk 8cm... Seluk 9cm.. Pukul 6 petang mak dah rasa nak teran. Doktor kata boleh teran sebab dah nampak kepala baby.

Teran dan teran keluar la first twin mak.. Keluar je terus menangis. Selepas baby keluar, seorang nurse lagi tolong tekan perut bagi kepala second baby masuk laluan dan tak berpusing-pusing. Selalu kes second twin czer adalah sebab baby dah berpusing-pusing dan heartbeat dah slow. Tu worst case la. Syukur yang ada masa tu doktor-doktor pakar dan sister-sister yang berpengalaman. Sempat lagi nurse say sorry dekat mak sebab terpaksa tekan perut kuat sikit. Berbudi bahasa walaupon keadaan tengah tegang. Bagus betul dorang ni puji mak dalam hati.

 "Ok first baby 6.04 pm. Ibu ni baby apa" sambil bukak celah kangkang baby. "Baby boy" balas mak. Mak senyum. Rasa lega sekejap.. Lepas tu dorang bawak keluar baby untuk check selebihnya. Doktor suruh relax sekejap dan ambil nafas. "Ok ibu, kita nak pecahkan air ketuban second twin pula ye." Pulpppppp.. Terpancut air ketuban hampir terkena baju doktor. "Fuh nasib baik saya sempat elak." Tergelak kami laki bini kat situ. Haha.

 "Ok, next contraction teran sekuat hati ye ibu." . Tak dinafikan separuh tenaga dah habis lepas keluar first twin. Dalam hati saja mak mampu berdoa. Ya Allah.. Berikan aku kekuatan dan semangat untuk teruskan perjuangan ni. Mak tarik nafas panjang-panjang dan bersedia. Contraction datang balik dan Mak teran sekuat hati. Teran dan teran.. Tapi baby tak keluar. Mereka suruh berhenti meneran. Dah berderau darah mak. Takut ada apa apa yang tak kena. 

"Ibu, stop push ye. Saya nak seluk dan check kenapa baby tak keluar sebab ibu dah teran kuat".. Kemudian masuk satu lagi doktor pakar dan check mak juga.. "Ibu, kepala baby mendongak sedikit. Sebab tu awak teran-teran dia tak keluar. Kita nak betulkan kepala dia dulu. Kita akan vacuum sedikit ye untuk tundukkan kepala dia". Mak angguk sahaja. Apa sahaja asalkan baby selamat.

"Bapa, kita akan vacuum sekejap. Kita minta bapa keluar sebentar ya. Boleh jenguk first baby dulu kat luar. Minta maaf ya" . Tenang btul doktor tu. Cakap pon lembut je. Sebenarnya mak tak tau pon apa tu vacuum. Tak rasa apa dah kat bawah tu. Huhu. Mereka just betulkan posisi kepala je. Lepas tu mereka suruh teran. Tak de pulak kene vacuum sedut tu. Hehe. 

Next contraction. Mak teran sekuat hati. Suami baru keluar 3-5minit terus dengar suara baby dari dalam bilik. Mak selamat lahirkan lagi seorang baby boy sempurna sifatnya. Posisi kepala dah betul , sekali teran terus keluar. Alhamdulillah. Selamat dah anak-anak mak lahir. Giliran mak pula. Doktor keluarkan uri. Masa yang paling seriau lepas keluar uri adalah jahit. Huhu. Lepas keluar uri, doktor bersih-bersihkan semua. Waktu nak jahit tiba-tiba doktor cakap. "Eh. Tak ada koyak apa-apa la. Jadi tak perlu jahit lah. Kami akan bersihkan darah sahaja". 

"Betul ke doktor?. Alhamdulillah. " Mak rasa nak lompat bintang masa ni. Haha. Doktor gelak dan cakap " Mesti awak tunggu je kan saya cakap macam ni "..Siapa yang suka kene jahit doktor oiii.. hahha.. Doktor dan nurse keluar bilik. Tinggalkan sorang doktor saja untuk bersihkan  darah-darah beku dalam rahim mak ni. Sebelom dorang keluar mak hanya mampu ucapkan terima kasih banyak-banyak. Doktor senyum dan ucapkan tahniah. Cara dorang handle situasi tu memang pro sangat. Mak agak kagum sebab tak jahit. Sedangkan second twin kena vacuum kejap kan.. Teknik dan cara mereka tu juga sangat-sangat membantu mengurangkan jahitan. 

Maka  telah lahir lah sikembar kesayangan mak pada usia kandungan 38minggu. Abang 2.57kg. Adik 2.7kg.. MCDA twin. Kembar seiras. Mak belanja gambar fresh dari labour room lagi. Sory mak tutup muka. Lawooo sangat la time tu kalah che ta.. Hahhahaha.


Gambar kat bawah ni masa dah naik wad..


Letak dalam katil baby tak mo. Semua nak tido kat katil dengan mak. Hehe



Cuba teka mana abang mana adik.. Hehe. Kanan abang. Kiri adik. Alhamdulillah syukur.. Tak perlu masuk nicu ke pape. Paru-paru semua dah matang. Sihat walafiat. Lega ni tak tahu nak kata macam mana. Kadang -kadang kita membayangkan macam-macam. Tapi Allah beri yang terbaik untuk kita lalui semua tu. 30 Julai 2016. Lahir anak-anak mak. 6.04petang dan 6.21petang. Petang keesokkan harinya mak dapat balik. ^_^

Mak doakan pada sesiapa yang sedang tunggu hari nak bersalin tu,semoga dipermudahkan semuanya. Vitamin Shaklee jangan lupa ok. Tak tau nak ambil yang mana? Boleh whatsapp mak. Sampai sini dulu mak share pengalaman indah mak bersalinkan twin ni. Nanti mak akan kongsikan gambar-gambar terkini sikembar. Terima kasih sudi membaca blog mak. ^_^

Salam sayang dari Mak Anak Empat.. *_^

====================================
Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR


PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR

Assalammualaikum.. Selamat Sejahtera.. Pada last entry mak ada cerita serah diri dekat Hospital Serdang pada kandungan 37minggu 5hari. Tiada tanda darah atau apa-apa. Memang dah get ready untuk induce. Bila doktor check,masih tiada bukaan, rahim masih tebal dan tinggi. Jadi doktor terus buat keputusan untuk tahan mak . Maka bermula la sebuah pengalaman yang takkan pernah mak lupakan. ^_^

Doktor lakukan CTG untuk pantau jantung baby. Alhamdulillah kepala first baby dah masuk laluan. Dua tiga kali cakap dengan doktor.. Saya nak bersalin normal ye. Hehe.. Doktor kata boleh je.. Awak pon ada pengalaman bersalin normal. Kepala baby juga dah kebawah. Jadi tiada masalah. Masa ni scan, anggaran berat first baby 2.3kg.. Second baby 3kg. Gulppp.. Terus terbayang-bayang masa raya tu bedal kaw punya rendang laksa johor bagai. Haha. Sesal tak berguna. Tapi sekurang-kurangnya mak tau baby lebih 1.8kg. Jadi mak kurang sikit risau baby nak kena duduk NICU atau wad lama-lama.  Apa pon mak memang dah tabahkan diri nak teran dorang nanti dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Mak kena tunggu kat PAC hampir satu hari sebelom dapat katil kat ward. Biasa la orang ramai.. Mak is ok je borak-borak dengan ibu-ibu yang lain sementara tunggu tu. Mana yang tengah contraction mak tak tegur. Senyum-senyum je. Haha. Setiap dua jam doctor akan check. Kejap-kejap CTG. Kejap-kejap scan. First baby kepala bawah. Second baby kejap melintang, kejap kepala atas, kejap kepala bawah. Kemain baby berpusing. Sampai 4kali scan sebab doktor nak tulis kat fail apa posisi dorang.. Last sekali doktor tulis second baby melintang..

Pada petang jumaat tu mak dah dapat katil dalam wad. Doktor inform akan masuk ubat (induce) pada pukul 5.30pagi. Malam tu sebelom tidur doa banyak-banyak. Semoga Allah permudahkan. Semoga Allah panjangkan umur mak dan anak-anak. Tak lena tidur. Terbayang anak-anak kat rumah. Sedih rasanya. Maklum la tak pernah berenggang dengan anak. Surirumah kan, mak nak mandi pon ramai peminat ketuk-ketuk pintu kat luar. Hehe.. Sebelom subuh tu nurse kejut.. "Dik , bangun. Siap-siap ye lepas tu tunggu kat bilik tepi tu. Nanti doktor akan panggil untuk induce". Mak mandi siap-siap. Mak tau dah sakit kang apa mandi pon tak ingat dah. Haha. 

Wahhhh.. Ada 3-4 orang dah beratur tunggu. Mak pon borak-borak la. Kemudian datang lagi 4-5 orang.. Udah berderet mak-mak semua tunggu giliran nak induce. Kemudian doktor pon sampai. Katanya siapa dah ready terus masuk bilik. Tak perlu panggil nama. Mak orang ke 3 volunteer masuk. Haha. Induce tak sakit. Sesaat je settle. Macam biasa doktor pesan, jangan kencing dalam tempoh sejam dua.. Duduk je kat katil diam-diam. Mak 3kali nak beranak 3kali ni la induce. So dah faham rutin. Biasa macam ni mak akan sambung tido balik. Kehkehkeh.. 

Dekat hospital kalau dah pukul 7 tu memang riuh dah la kan. Pukul 7.30 sarapan sampai. Lepas sarapan mak telan Vitalea , Ostematrix, Vita C dan bancuh Performance Drink Shaklee. Kita nak hadap contraction ni kena banyak tenaga. So prepare la siap-siap vitamin shaklee dari rumah. Tiba-tiba mak nampak orang selang sekatil dengan mak bancuh air koko hospital ESP SHAKLEE.. Teruja mak tengok dia keluarkan tong ESP tu. Hehe. Dia ada sakit jantung. Dah 2minggu kat hospital. Minggu depan katanya czer. Tak silap dia 35minggu. Tong oksigen memang kat sebelah. Tido ke apa memang dia pakai mask tu untuk support oksigen dia. Allah.. Pengorbanan ibu kan. Semoga dia juga dipermudahkan urusan bersalin dan selamat semuanya. Sedih bila dia cakap, tak tahu lepas ni boleh mengandung lagi atau tak sebab ada sakit jantung. Risiko dia dan baby juga. Sebak time tu. Allah jua maha mengetahui segala sesuatu. Hanya kata-kata semangat je yang boleh diberi. 

Ok mak mintak izin balik ke katil sendiri. Mak tak dapat borak sangat sebab da start rasa mild contraction. Pukul 10 pagi doktor check jalan dah 3cm. Tengahari suami datang teman mak berjalan-jalan keliling wad sambil layan contraction. Masa tu kita rasa lambatnya masa ni berjalan. Haha. Keras kejung kat tepi dinding bila contraction datang. Zikir dan istighfar je peneman masa tu. Suami bagi kata-kata semangat. Masa ni kalau kita marah suami, suami senyum je.. Haha. Pukul 2 check jalan lagi. 4cm dah. Nurse siap-siap call Labour Room suruh siapkan bilik.

Bersambung next entry PART 2.......


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

PROMOSI NOVEMBER 2016

PROMOSI NOVEMBER 2016
=============================
Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Seronok sangat promosi bulan ni. Nak selim melim dan kuatkan imun inilah masanya. 

Lecithin
🍀Buy 3 Free 1 RM166.95

Alfalfa S & L
🍀Buy 3 Free 1
L - RM310
S - RM170.95

Nutriferon
🍀Buy 2 Off 5% RM365
🍀Buy 6 Free 1 RM1152
( Free postage, Free Membership , Cash Rebate )

Bagi mereka yang nak selim melim, ini masa yang sangat sesuai untuk anda dapatkan LECITHIN dan ALFALFA pada bulan ini.. Ramai yang sudah berjaya  serta lebih yakin dengan berat badan mereka. Boleh google ok.. Ini sedikit info tentang produk yang menjadi kegemaran ramai. ^_^

LECITHIN 
●sebagai pelarut @ pemecah lemak..
●bagus untuk mengurangkan kolestrol dlm badan
●menurunkan darah tinggi
●makanan utk otak, menguatkan daya ingatan terutama pelajar..
●mencantikan kulit
●Mencantikan kuku dan menjadikan rambut lebih bersinar.

ALFALFA
●sebagai detox@ melawaskan..
●mengurangkan keputihan bg wanita dan juga membetulkan hormon
●membantu mereka yg ada resdung, ekzema atau alahan
●membantu megeluarkan toksik badan
●memberi tenaga
●sebagai milk booster utk ibu menyusu
●menganjalkan payudara dan punggung
●membantu usus kecil menyerap khasiat
●membersihkan darah

================================

❤NUTRIFERON 

●Merupakan supplemen untuk meningkatkan sistem imun badan..

●Sistem imun diibaratkan seperti tentera dalam badan kita..

●Tugasnya untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan.

●Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.

●Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. 

●Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Secara jujur, wani memang suka sangat bagi anak-anak wani yang atas setahun makan Nutriferon ni. Tak perlu hari-hari
 Seminggu 2-3 kali sahaja wani bagi sebagai imun booster mereka. Jika nak demam atau selsema wani akan bagi 3hari direct. Alhamdulillah mereka cepat pulih. Yang penting produk shaklee adalah sumber semulajadi. ^_^

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

3 Nov 2016

DIARI KEHAMILAN: KANDUNGAN KEMBAR TRIMESTER KE 3


Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Memasuki trimester ke 3 agak mencabar bagi kehamilan kembar. Bayi juga membesar secara mendadak. Maka pelbagai juga cabaran pada tubuh badan anda. Memang rasa penuh dalam perut ni. Tapi masya Allah punya la seronok bila dua baby tengah bermain-main dalam perut.. Vitamin untuk berpantang pon dah siap tersedia. Alhamdulillah. Kali ke 2 berpantang guna SET BERPANTANG SHAKLEE ni. Memang terbaik la. ^_^

Macam biasa rutin checkup si kembo.. Alhamdulillah.. Baby sihat-sihat. Paling menyejukkan hati mak, doc kata mak boleh normal sbb twin A kepala bawah dah.. twin B tak kisah posisi.. Cuma doc suh prepare je barang2 bersalin.

Twin A 1399g
Twin B 1327g
Kandungan 30minggu

Kakak laila tak p sekolah. Teman mak checkup kat hospital balik sampai kul 2.30ptg..Hari ni jumpa dengan specialist. Maximum doktor bagi sampai 38minggu sahaja.. Tapi jika ada apa2 yg merisaukan mereka akan tahan wad terus. Biasa Twin 35-37minggu bersalin dah..So far semua ok just carta  berat twin B tak naik banyak sgt.. Tak pe la janji sihat2 semua.. Cuma standby je la incase si twin ni tak sabo nak keluar .Tapi Insyaa Allah.. Mak boleh beraya dulu. Selang dua minggu pegi checkup lagi.. Alhamdulillah. Berat Twin makin bertambah dengan jayanya. Hehe. Ni antara  berat baby mak sehingga penghujung kehamilan.

Twin A 1609g
Twin B 1480g
Pada 32minggu 4hari

Twin A 1800g
Twin B 1750g
Hampir 35minggu

Nampak ya baby masih sedap duduk dalam perut mak. Tak ada tanda- tanda nak beranak lagi. Hehe. Oh ye, wani ada admit ward 2hari sebab baby kurang gerak.. Tapi bila kat hospital, tiap kali scan doktor kata baby ni aktif. Tangan doktor pon ditendang. Hihi. Selepas semua ok, doktor izinkan balik. Jadi dapatlah mak beraya dulu. Mak beraya ketika kandungan 35minggu lebih. Fuh.. Memang tak lepas peluang balun segala ketupat rendang. Haha.

Bila dah hujung-hujung kehamilan ni, malam bangun nak pee pee jalan pegang dinding.. Memang terasa perut ni berat. Ramai tegur perut dah turun. Besar tu toksah cakap la. Segala bapak strechmark ada.. haha.. Jenuh la nanti nak sental lepas beranak.. Selalu setahun baru hilang sikit-sikit.. Kena rajin sapu minyak.. Ok beg-beg semua dah siap.. Barang-barang baby pon dah cukup. Hanya menanti hari tunggu baby keluar..

Akhirnya.. pada usia kandungan 37minggu 5hari mak serah diri..Get ready nak induce. Doktor check semua ok. Buat VE ( Vaginal Examination) pon rahim masih tebal, jauh dan tiada bukaan langsung.. Langsung tarak.. haha.. Kalau tunggu lagi boleh sampai 40minggu rasanya.. Tapi mak tak larat dah, perut dah super besau..Jadi doktor terus tahan wad.. Menjadi perhatian doktor jika ada multiple baby. Alhamdulillah.. Doktor-doktor dan Nurse Hospital Serdang memang terbaik. Terima kasih mak ucapkan.. Eh rasa cam dah panjang entry ni.. Mak sambung pada next entry ok. PENGALAMAN BERSALIN KEMBAR pula.. Terima kasih anda yg sudi membaca.. Jangan lupa makan vitamin shaklee ok.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

22 Jun 2016

DIARI KEHAMILAN : KELUAR DARAH KETIKA HAMIL?


Hai. Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Berkaitan tajuk diatas, pernahkan anda laluinya? Keluar darah banyak atau sedikit? Apakah kesan pada kandungan kita? Bila kita hamil, semua ni boleh membuatkan kita tak sedap hati. Kita hanya fikir tentang keselamatan si manja kita je kan.

Masa wani hamil anak pertama dan kedua, tak pernah lagi ada spot atau darah yang keluar. Masa mengandung si kembar ni, wani ada keluar darah spot masa kandungan 2bulan. Doktor bagi ubat kuatkan rahim untuk 3hari. Mak lupa pulak ape kenama ubat tu -_-. Lepas makan ubat tu darah yang spot sikit-sikit tu dah hilang. Penah sekali lepas "bersama", tetiba cam bleeding darah agak banyak. Cuak sangat. Huhu. Bila scan semua ok. Mungkin rahim tengah sensetif. Jadi awal-awal kehamilan kurang-kurangkan la ye nak bersama tu. Jangan lasak. Sorry cerita bab ni pulak. Tapi ini ilmu juga. Jangan ambil mudah. Ini melibatkan nyawa dalam kandungan.

Masa keluar darah tu memang agak pelik sebaba kandungan sebelom-sebelom ni elok je.. Tak pernah keluar darah apa-apa. Next scan tu la baru tahu memgandung kembar.. Mungkin kejutan pada rahim juga. Tetiba rahim membesar dengan dua janin.Tu yang turun darah sikit-sikit. Kadang-kadang baki-baki darah pada dinding rahim yang turun.. Walauapapon, jangan lupa terus berjumpa dengan doktor untuk dapatkan khidmat nasihat mereka.

Biasa kita dengar bunting pelamin kan, penah dengar bunting pelanduk? Bunting pelamin ni kita hamil sejurus lepas kawin. Bunting pelanduk adalah mereka yang hamil tapi bleeding macam period. Kadang-kadang mereka tak tahu pon mereka mengandung disebabkan period yang normal tiap-tiap bulan. Antara rare case jugak la. Biasa macam ni doktor akan pantau lebih detail supaya tak de effect pape pada baby. Bunting gajah pulak penah dengar tak..? Hehehe.. Bunting gajah ni mengandung sampai 10bulan tak silap wani. Hehe

Biasa di awal kehamilan , janin kita fragile lagi. Jadi jaga-jaga ok terutama ibu hamil anak sulong. Makan la makanan tambahan. Makan vitamin yang doktor bagi. Pilihan wani dah tentu la SET KEHAMILAN SHAKLEE.. ^_^ Vitamin yang selamat , halal dan semulajadi. Vitamin-vitamin dalam SET IBU HAMIL ni secara tak langsung membantu kuatkan rahim terutama ESP , B COMPLEX dan Vitalea.. Wajib sangat makan terutama diawal kehamilan..

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakka

11 May 2016

DIARI KEHAMILAN : KANDUNGAN KEMBAR 26MINGGU


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar ibu-ibu di luar sana. Hari ni kandungan wani berusia 26minggu 4hari ikut last period.Terasa agak sarat seperti kandungan dah 8 bulan. Mungkin sebab sebelom ni single baby je. Bila bawak dua baby boleh tahan senak gak la. Haha. Sebab sorang kanan sorang kiri. Kalau lepas makan tu rasa perut full tank betul. Hihi. Elakkan makan terlalu kenyang. Percaya la anda akan lalui sesak nafas. Huhu. Makan sikit -sikit tapi kerap. Tapi apa yang best mengandung sikembar ni, wani tak pernah rasa lagi rasa lapar tahap keriok-keriok bunyi perut.. Biasa kalau lapar perut kita akan berbunyi dan rasa senak lapar. Tapi kali ni tidak. Mungkin sebab penuh dengan baby kot. Hehe. Kalau lapar signalnya tekak haus atau perut rasa ringan sedikit. So maknanya boleh makan.. Ini wani la, orang lain mungkin lain rasa.

Last scan pada bulan lepas, berat sikembar ni masing-masing hampir sama. Hampir 400gram seorang. Hari ni scan lagi. Berat memasing dah nak dekat 900gram. Ya ampunn kemain meriah berat. Esok checkup mesti angka tu berganjak tanpa prejudis. Hehe..

Banyak beza dari segi pergerakan. Sikembar ni sangat-sangat aktif. Ada masa mereka main sama-sama terutama waktu malam mak nak tido.Tapi yang wani perhatikan, baby belah kanan ni lebih aktif dari kiri. Nanti  belah kanan dah penat main dan diam,  baru belah kiri main. Tapi belah kiri ni diam-diam berisi.. haha.. Dia boleh main dan berpusing. Bila scan, kadang kepala kat atas. Kadang bawah. Kadang rasa dia macam melintang. Ya ampunnn. -_- Belah kanan ni aktif tapi dia stay je kepala kat bawah. Tak melilau macam member sorang tu.. haha. Dah nampak gelagat masing-masing.Alhamdulillah tadi scan dua-dua kepala kat bawah dah. Buat mak lagi tak sabar nak peluk korang berdua. ^_^ Tapi tunggu la lepas raya, bagi mak raya kejap pon jadik la.. hhehe

Mengah? Ye waktu macam ni sangat-sangat la mengah. Kalau dah 9bulan tak tau la macam mana nanti. Berat badan juga main peranan penting. Last checkup berat badan wani 71kg. Nangiss oii. Paling berat dari  kandungan anak-anak sebelom ni. Huhu. Nasib la kembar. Kalau satu je mau kena katuk pale dengan nurse. Haha. Sekarang ni kalau nak buat kerja rumah, kejap-kejap kena baring. Bila baring badan rasa relax sikit. Sebelom nak relax tu jangan lupa makan vitamin shaklee ok.^_^


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan

7 May 2016

DIARI KEHAMILAN : JANTINA SIKEMBAR


Selamat sejahtera. Assalammualaikum. Terima kasih sudi klik blog wani. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk anda. Hari ni wani 26minggu 2hari. Pejam celik je masa. Rasanya mabuk mual dah hilang sepenuhnya. Cuma kalau salah makan ke memang ada terrrruwekkkk sikit la. Hehe. Wani start mabuk mual muntah ni start kandungan 4minggu sehingga kandungan 5bulan. Berat turun 4.5kg sepanjang mabuk mual tu. Itu adalah perkara biasa. Kehamilan wani sebelom-sebelom ni pon macam tu juga. Jadi bertabah la mak. Hehe

Dari hamil anak sulong sehingga no 3 ni, wani memang akan scan tiap-tiap bulan. Ada tanya tak bahaya ke scan tiap-tiap bulan. Jawapannya.. TIDAK merbahaya. Yang bahaya pada kandungan adalah x-ray. Wani dah pernah tanya pada doktor. Lagi pon dulu penah ada kes keguguran " baby tak membesar". Jadi untuk pastikan tumbesaran baby, wani akan scan setiap bulan. Siapa duduk area Puchong boleh la try scan dekat KLINIK DR.SITI & RAKAN-RAKAN puchong permai. Doktor peramah dan scan 2D murah. RM35 sahaja..

Sebenarnya wani dah tahu jantina si kembar ni ketika usia kandungan 16minggu. Hehe.. Tak kisah la dah berapa kali mengandung tapi tiap kali nak scan untuk tau jantina baby sentiasa buat kami laki bini excited. Hehe. Mula-mula scan doktor akan check degupan jantung sikembar, saiz kepala, kaki tangan dan uri. Doktor akan jelaskan satu persatu. Selepas semua dah check, kami akan tanya doktor adakah jantina sikembar ni dah nampak. Kemudian bermula la sesi menggodek. Sebelom datang klinik, wani dah siap togak air bergelen. Supaya lebih clear nampak baby.. Hehe

Baby A elok tengah terbuka bahagian celah peha. So memang clear nampak keLAKIan beliau. Haha. Baby B tak clear sangat. Tapi doktor kata mereka share uri so kembar seiras. Kebanyakan kembar seiras adalah sama jantina. So insyaa Allah baby B adalah lelaki juga. Alhamdulillah. Mereka semua membesar dengan sihat.  Next scan masa 5bulan tu doktor comfirmkan lagi sekali dua - dua boy..

Anak sulong wani baby girl. Sangat susah nampak jantina. Dah nak terberanak baru tau gegirl. Anak kedua baby boy. Kandungan 16minggu dah clear nampak jantina. Sikembar ni pon 16minggu dah nampak. Baby boy agak mudah nak nampak bila scan. Apapon bergantung juga pada individu..Tak sama. Ok.. boleh target next baby girl pulak kasi kakak Laila geng masak-masak. Tapi lepas sikembar ni umur 4tahun la.. hahha.

Kalau nak tahu sikembar ni adalah 100% baby shaklee. Wani amalkan GLA COMPLEX dan B COMPLEX selepas anak kedua putus susu pada 2tahun 4bulan. Wani amalkan sebab memang merancang nak menambah lagi. Maklumla rindu pulak bau baby. Hehe.. Selepas 4-5bulan putus susu, lekat sikembar ni. Rezeki Allah tak cepat dan tak lambat. Semua tepat pada masanya. Alhamdulillah.. Bagi ibu-ibu yang nak mencuba vitamin shaklee untuk kesuburan ,kehamilan dan lain-lain boleh la whatsapp wani terus ok.^__^


Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

DIARI KEHAMILAN: JENIS KEMBAR


Hai. Assalammualaikum semua. Selamat Sejahtera. Alhamdulillah.. Mabuk mual muntah semakin hilang. Sejak wani tahu tentang kehamilan kembar ni, wani banyak bertanya pada ibu-ibu yang pernah hamil kembar dan mencari info tentang kembar ni. Ada beberapa jenis kembar. Wani juga excited nak tahu wani tergolong kembar yang mana satu. ^__^. Banyak bahan bacaan jadi rujukan. Jadi wani mudahkan anda dengan bahasa yang mudah dan ringkas. Sebab bila panjang-panjang ni jenuh jugak mak yong nak hadam. Haha.

Biasa yang kita tahu kembar terbahagi kepada dua:
1)Kembar Seiras
2)Kembar Tak Seiras

Terdapat juga beberapa jenis kandungan kembar:

1)MCMA twin ( Kembar Seiras)
1 kantung
1 air ketuban
1 uri

Dalam banyak-banyak pembacaan wani, MCMA paling sedikit peratusan yang mengalaminya dan antara kes yang agak rare jugak la. Mereka akan jadi perhatian doktor tiap kali check up. Ibu yang hamil MCMA twin ni kebanyakan risau tentang kembar siam atau risiko ada bahagian tubuh sikembar yg melekat antara satu sama lain. Risiko hidup dan mati juga tinggi. Apa pun ibu-ibu yang hamil MCMA twin perlu lebih berjaga- jaga dan dapatkan khidmat nasihat doktor sepanjang kehamilan ok. ^_^

2) MCDA twin ( Kembar Seiras)
1 kantung
2 air ketuban
1 uri

Kalau anda ada baca entry sebelom ni, wani ada share. Pada 12minggu baru dapat tahu wani hamil kembar sebab pada usia kandungan 8minggu scan hanya nampak 1 kantung dan 1 jantung je sama seperti kandungan wani sebelom- sebelom ni. Sangat mengejutkan bila scan 12minggu, dua baby dalam satu kantung sedang main-main. Doktor kata masa 8minggu tu tak nampak sebab kecil lagi. Sorang tu tertutup kembar dia kot. Hehe. Kemudian scan lebih detail, nampak ada membrane pemisah. Bermakna mereka ruang air ketuban masing-masing. Mereka hanya share kantung dan uri sahaja. So sah la wani MCDA twin. Alhamdulillah. Insyaa Allah kembar seiras. Mak kena pakaikan nametag nanti kat korang biar tak tersalah.. haha..

3) DCDA twin ( Kembar Tak Seiras)
2 kantung
2 air ketuban
2 uri

DCDA twin ni syok sangat sebab peratusan agak tinggi untuk anda dapat baby sepasang. Lelaki dan perempuan. Untung sangat. Kebanyakan DCDA baby akan mempunyai berat yang hampir sama  sbb mereka tak berkongsi uri. So makan tak berebut orang cakap. Hehe.. tapi tak tentu juga kadang pemakanan ibu juga main peranan penting. Walaupon baby wani share uri tapi tiap kali scan saiz mereka hampir sama. Beza pon berapa gram je. Jadi doktor kata mereka sama saiz. Tarikh due mereka pon sama. Alhamdulillah baby shaklee mak sihat-sihat je  ^_^

Ada satu kes akak otai ni, dia beli shaklee dengan wani. So wani berkesempatan la tanya-tanya sedikit tentang kehamilan kembar beliau. Akak ni berumur 40 tahun semasa tahu dia hamil. Lebih mengejutkan beliau hamil kembar. Monangis jang atas katil scan katanya.. haha.. Dia kata dah tua- tua termengandung pula. Kembar pulak tu. Ini fakta ye, mereka yang hamil pada usia yang berumur lebih mudah nak dapat kembar. Jadi memang rezeki akak ni.

Dia kata kes dia rare la jugak sebab beza twin A dan B beza dua tiga minggu. Ringkasan doktor kata kat dia sebenarnya dia hamil 1baby je. Baby B terjadi lepas dua tiga minggu selepas terjadinya Baby A. Subur nau nau kan.. hehe. Jadi akak tu memang sentiasa buat check up sebab perbezaan saiz baby A dan B. Akak ni bersalin czer sebab dia kata dah tua mana larat nak teran. Hehe. Baby A berat 1.2kg gitu. Baby B 2.2kg. So beza mereka sekilo lebih kurang la. Dua- dua baby girl tapi muka tak sama. Sekarang kembar ni dah 3-4tahun. Sikakak memang nampak lebih besar dari adik dia. Alhamdulillah semua sihat-sihat.

Salah seorang sideline shaklee wani DCDA twin juga tapi sama saiz . Baby boy and girl. Sepasang. Comel je. Hehe.. Tak kisah la jantina janji semua selamat dan sihat. Ibu-ibu terutama ibu kembar jangan lupa makan vitamin ok. Zaman sekarang kita tak dapat la nak makan sihat 24jam macam dulu-dulu. Fast food pon dah jadi kebiasaan kita. Kan. Wani ada pergi kelas-kelas nutrisi. Kita perlu makan 5 jenis warna buah/ sayur untuk keperluan nutrisi dalam badan kita. Mampukah? Sebab itu la wani ambil vitamin shaklee sebagai supplement tambahan wani untuk cukupkan keperluan mak n babies. Sayur buah tetap makan seperti biasa tapi selalu memang tak cukup la 5 warna. Haha. Ok la. Panjang nauu dah mak sembang. Next entry kita cerita sikit pasal sikembar ok.. Kalau ada nak cari shaklee mai la roger-roger dengan mak. Whatsapp pon boleh.. Boleh borak-borak sambil guna emoticon. Haha..

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

2 Mar 2016

DIARI KEHAMILAN : KEJUTAN




Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kesihatan dan alahan semakin baik. Sekarang kandungan wani hampir 17minggu. Muntah dah berkurangan. Cuma mual dan selalu meludah. huhu. Kandungan sebelom ni alahan sehingga 5-6bulan untuk pulih sepenuhnya. Jadi bertabah la mak. hehe.

Berbalik pada tajuk KEJUTAN, apa yang kejutan sangat tu.. Sebenarnya wani pon masih cuba menerima dan menyesuaikan diri. Sedia maklum sebelom ni wani ada menjalani ultrasound (scan) ketika kandungan 7minggu. Alhamdulillah nampak jantung baby. Semua sihat-sihat je. Ketika kandungan berusia 12minggu, Wani ada pegi scan sekali lagi dekat klinik siti & rakan-rakan sebab wani perlu bawa scan terbaru untuk update dekat KK dan buka buku merah.

Ketika kandungan baru 10minggu, wani ada rasa gerakan yang sangat aktif. Agak menghairankan juga sebab baby masih kecil tapi tendangannya buat perut wani bergegar-gegar halus. Jadi amatlah membuatkan wani rasa tak sabar nak scan pada 12minggu. Tiba masanya untuk scan. Tips untuk lebih nampak kandungan dan baby dalam rahim, minum air banyak skit sebelom scan dan jangan kencing. Tahan dulu ok. Insyaa Allah memang clear. Wani scan waktu malam sebab orang tak ramai. Maka bermula la scan yang mendebarkan.....

Doktor meletakkan gel dan scan. Mata kami suami isteri terpana dekat screen monitor dan kami berpandangan. Masing-masing terkedu melihat monitor itu. Sebab apa yang kami lihat tu sangat terang. Dan doktor memecah kesunyian dengan berkata."Eh, ni ada dua baby ni ". Memang jelas dan terang. Ada dua baby sedang bergerak-gerak. Terlihat kepala, badan dan kaki dua insan suci yang menghuni rahim wani. Ok, mak terkedu dan menangis kejap atas katil. Terharu, bersyukur dan macam-macam perasaan lagi. Macam tak sangka kami bakal menimang cahaya mata berganda.

Kali pertama scan hanya nampak satu baby dan satu kantung sahaja. Kali kedua scan ada dua baby. Jadi itu la kejutan bagi kami. Kami juga tiada sejarah kembar. Jika ada pon sepupu sepapat yang ada anak kembar. Ini rezeki dari Allah. DIA boleh beri pada sesiapa yang DIA kehendaki. Seolah Allah ganti kandungan pertama kami yang gugur hampir 6tahun dulu. Betapa cantiknya perancangan yang Allah aturkan. Kami sangat tidak menyangka, dulunya kami dilabel kategori yang susah dapat anak dan susah nak mengandung. Kini kami bakal mempunyai 4orang anak. Ada juga kawan-kawan bergurau. Wani terlebih makan shaklee sampai tersubur sangat. hehe. Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya pada Allah yang beri nikmat tak terhingga kepada hambanya untuk merasai nikmat sebagai seorang ibu. Shaklee hanya asbab sahaja untuk wani ikhtiar sambil membantu kesihatan wani secara tak langsung.



Untuk ibu-ibu yang ingin ikhtiar untuk hamil, wani mencadangkan SET KESUBURAN dari Shaklee. Sebelom wani hamil kembar, wani mengamalkan gla dan b-complex. Wani akan ajar cara makan yang doktor share dan tips khas untuk mereka yang membeli dari wani.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.