24 Nov 2015

TIPS UNTUK MEREKA YANG SUSAH TIDUR MALAM

TIPS UNTUK MEREKA YANG SUSAH TIDUR MALAM

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Baru-baru ni wani ada seorang customer yang mengadu susah tidur malam dan sentiasa gelisah. Setelah wani selidik sedikit, beliau merupakan seorang student kolej. Memang banyak benda nak handle dan fikir. Sehingga terbawa-bawa habit berfikir tu dekat rumah. Akhirnya beliau kerap sakit kepala , susah tidur dan gelisah. Tidur yang berkualiti akan menentukan keceriaan hari anda. Disini wani nak kongsikan tips-tips untuk mereka yang susah tidur malam.

masalah sukar tidur , tips susah tidur , vitamin sukar tidur


Setelah bekerja keras seharian penuh, tubuh memerlukan waktu yang cukup untuk mengembalikan tahap kesegaran yang baik. Makan makanan bernutrisi dan bersenam secara teratur adalah kegiatan yang sangat berperanan menjaga kesegaran tubuh. Namun, tidur yang baik pun merupakan salah satu aspek penting yang tidak boleh diabaikan. Terdapat beberapa cara yang perlu  untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Tidur
Tidur waktu yang sama setiap hari. Tubuh memiliki jam biologi yang memberikan signal mengantuk saat tubuh memerlukan tidur. Usahakan jangan melawan rasa mengantuk ini dan jangan pula tidur sebelum waktunya kerana akan mengganggu kualiti tidur.

Bangun 
Bangunlah secara teratur setiap pagi agar tubuh terbiasa dengan aktiviti yang kita jalani setiap hari. Hindari untuk tidur lebih lama meskipun pada malam hari terlambat tidur atau terbangun dari tidur di tengah malam. Kurang tidur sangat wajar untuk terjadi pada beberapa keadaan dan bukanlah sesuatu yang berbahaya. Anda tidak perlu terobsesi untuk mengganti waktu tersebut.


Bersenam
Senaman secara teratur dapat memperbaiki kualiti tidur. Lakukanlah senaman ringan secara teratur pada pagi hari atau sebelum makan malam. Atau sekurang-kurangnya 2-3kali seminggu.


Aktiviti luar
Lakukan aktiviti di luar rumah. Paparan sinar matahari dapat merangsang terbentuknya melatonin yang berperanan dalam proses tidur. Sinar matahari pagi sangat penting dalam membentuk fungsi tubuh yang baik.


Tempat tidur
Buatlah tempat tidur anda senyaman mungkin. Hal yang membuat tempat tidur menjadi nyaman antara lain adalah suhu yang bersesuaian, sunyi dari suara-suara diluar rumah, wangi-wangian, kemas dan bersih.

Mandi
Tenangkan pikiran Anda dan relaks. Mandi air panas satu jam sebelum tidur akan menaikkan temperatur badan dan kemudian turun. Hal ini akan memicu rasa kantuk dan menghasilkan kualitas tidur yang baik.

Merokok
Jangan merokok atau kurangkan beberapa jam sebelom tidur. Nikotin dapat mengurangi kualiti tidur anda.

Alkohol
Jangan minum alkohol untuk membantu anda tidur. Alkohol memang dapat membantu anda tidur, namun banyak pula efek samping negatif yang tidak anda harapkan seperti merangsang anda untuk buang air kecil, bangun lebih awal, atau mendengkur yang dapat mengurangi kualiti tidur anda.

Ubat
Jangan bergantung pada pil tidur. Pil tidur akan membuat anda mengantuk di pagi hari dan dapat memberikan efek “rebound” yang mengakibatkan anda lebih sulit untuk tidur bila tidak mengambil pil tidur. Boleh memberi kesan pada tubuh jika diambil dalam jangka masa yang panjang. Jadi, ELAKKAN.



Susu
Manfaat minum susu sebelum tidur mampu memberikan anda tidur yang nyenyak dan sempurna. Dianjuran satu gelas susu hangat dan rendah gula. Segelas susu mengandungi asid amino tryptophan yang banyak . Pengambilan triptofan bagi otak anda bermakna pengeluaran serotonin dan melatonin yang baik untuk tubuh anda . Kedua-dua hormon ini memainkan peranan dalam kitaran tidur anda sehingga tidur anda lebih berkesan dan menyihatkan . Jika anda jenis sukar minum susu, anda boleh gantikan dengan vitamin kalsium lengkap iaitu OSTEMATRIX




Stress
Tahukah anda, ketika anda stress anda membunuh pelbagai fungsi vitamin dalam tubuh sikit demi sedikit. Jadi kurangkan stress atau terlalu berfikir ketika hendak tidur. Amalkan vitamin B COMPLEX untuk merehatkan saraf-saraf anda dan merehatkan tubuh.





Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


17 Nov 2015

PILIH VITAMIN C YANG BERKESAN DAN SELAMAT



Assalammualaikum. Selamat malam semua. Sempena promosi vitamin c bulan ni, wani nak share sedikit sebanyak info-info tentang vitamin c yang wani dapat semasa hadiri kelas-kelas serta bengkel dari Pakar Nutrisi. Vitamin C merupakan vitamin yang paling banyak dikenali hari ini.Tidak menghairankan kerana tubuh kita memerlukankan vitamin C untuk menjalankan hampir 300 fungsinya. Selain itu, vitamin C telah terbukti membantu melindungi tubuh terhadap penyakit jantung, kanser dan penyakit berat lainnya. Tanpa vitamin C tubuh tidak akan mampu memperbaiki sel yang rosak. Vitamin C sangat penting dalam proses pembentukan kolagen. Setiap kali seseorang mengalami luka atau cedera, proses inilah yang membantu memperbaiki kerosakan dan tanpa vitamin C yang cukup ini akan hampir mustahil terjadi proses penyembuhan yang maksima.

Untuk serapan yang terbaik dan menampakkan kesan pada diri, anda harus la tahu vitamin c mana yang sesuai. Maklum la lambakan vitamin c pelbagai jenis di kedai-kedai dan farmasi sekarang ni agak mengaburi mata kita nak pilih yang bersesuaian.

FAKTA VITAMIN C DAN PILIH VITAMIN C YANG BERKESAN



Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.


Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh.

Jadi anda perlulah mencari vitamin c yang ada pelepasan masa suapay kadar serapan pada tahap maxima.  Jadi wani akan syorkan anda vitamin c shaklee atau nama sebenarnya SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS.


Vitamin c shaklee mempunyai pelepasan setiap jam. 1biji vitamin c shaklee bersamaan 500mg. Setiap jam 100mg vitamin c akan melepaskan dalam tubuh. Jadi 500mg bersamaan 5jam dan 5kali pelepasan. Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur. Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Ada orang nak cantik dan putih dan makan vitamin c 2000mg sekaligus. Tapi tetap tak nampak hasil. Kenapa? Mungkin dalam satu jam tu badan anda perlukan 100mg sahaja, jam seterusnya mungkin perlu 80mg. Anda telan 2000mg, 100mg diserap. lagi 1900mg pegi mana?
terhapus melalui air kencing atau peluh. Jadi nampak tak kepentingan vitamin c melalui pelepasan setiap masa. Urin kita yang tinggi vitamin c. Sadis tau.. huhu.
Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari. Vitamin Shaklee boleh makan 2-3biji sehari. Kalau wani demam atau selsema, wani akan amik 4 biji gitu la. Insyaa Allah cepat kering selsema. Setiap orang penyerapan vitamin c nya berbeza. Jika terlebih skit ambil pon dia akan keluar melalui urin. Tak de effect buah pinggang ke pape. Asalkan anda pilih vitamin yang semulajadi macam vitamin SHAKLEE ^_^
Shaklee juga menyediakan VITAMIN C CHEWABLE untuk kanak-kanak setahun dan keatas.


Ok. Beza Chewable Vita C adalah boleh dikunyah dan sesuai untuk kanak-kanak serta orang yang susah telan vitamin. Dos juga lebih rendah iaitu 100mg sebiji manakala Sustained Released Vit C 500mg sebiji. Fungsi vitamin c adalah sama. Bezanya hanya dos dan boleh dikunyah. Ibu-ibu hamil yang mudah loya boleh cuba vit c chew ni sebab rasa dia masam-masam manis buah oren tu. Sesedap rasa dan tekak. Anak-anak wani pon suka makan. Mak tumpang sekaki kunyah-kunyah. hehe


Ada lagi perbezaanya.?
Kuantiti dan Harga.

CHEWABLE VITA C RM37 / 90BIJI

SUSTAINED RELEASE VITA C RM92 /180BIJI

Siapa je yang boleh makan Chewable Vita C ni?
  • Kanak-kanak atas setahun
  • Ibu hamil yang loya tekak
  • Yang susah nak telan vitamin

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


15 Nov 2015

KEBAIKAN ZINC COMPLEX

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuhkita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Berapa banyak  zinc yg anda perlukan? Sila rujuk jadual dibwh :



Zinc dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh tumpuan.
dalam kajian tersebut... kanak-kanak yang diberi zinc sebanyak 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10-12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak menerima suplement zinc.
 tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc.




Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat:  Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung:Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan:Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser:   Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik:Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak:Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

Kehilangan tulang:Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Buta Malam:   Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.



Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


RESEPI KEK MILO SEDAP, MUDAH DAN CEPAT


Hai. Selamat Sejahtera. Wani nak share resepi yang sangat mudah dan paling penting penyediaan yang sangat cepat. Hanya 10minit kek milo sedia di makan. Maklum la ada anak kecik-kecik ni semua nak kena cepat. Hehe. Ini bahan-bahannya.

5 sudu besar milo
2 sudu besar serbuk koko ( wani pakai jenama Meriah)
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar minyak makan
1 biji telur
5 sudu besar susu segar
(kalau tak de susu segar, boleh guna susu tepung dan bancuh. Dapatkan 5 sudu besar air susu tu)

-Kacau semua bahan-bahan di atas.
-Anda boleh masukkan dalam cup kecik-kecik atau bekas besar. Terpulang
-Bakar 5minit. Wani guna microwave yang panaskan lauk tu je. Set pada Medium High.
-Siap kemudian letak aiskrim atas dia. Ikut la topping apa-apa. Nak sedap buat topping jenis meleleh cam cairkan bar coklat ke. Paling mudah bagi wani adalah aiskrim.





Topping anda boleh pelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Maaf la tangan tak berseni bab tangkap gambar. hehe. Kalau ada kawan-kawan datang singgah boleh la hidang ni. Mudah dan cepat. Selamat mencuba. ^_^

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan



14 Nov 2015

NAIKAN BACAAN HB DENGAN VITALEA : MULTIVITAMIN PERTAMA DUNIA


Hai. Assalammulaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih sudi singgah blog wani. Ramai yang akan klik entry ini adalah dari ibu-ibu hamil atau mereka yang mudah pitam atau tekanan darah rendah. Sedia maklum untuk ibu-ibu hamil kebanyak mereka mengalami bacaan HB low. Sebenarnya kan wani juga mempunyai masalah HB low masa hamil anak pertama dan kedua. Paling rendah bacaan HB adalah 7. Ulang alik pegi klinik ambil darah. Paling-paling tak best kalau kena cucuk-cucuk ni kan. -_-

Kalau bab makan tu macam-macam dah telan. Hati ayam la. kerang la, vitamin-vitamin klinik dari yang murah sampai yang mahai. Paling tinggi pon 10 je la. Haha. Sampai nurse cakap kemain anak awak ni amik sume yang awak makan. Patut la mak kadang pening nak pitam bagai.Naik buntu mak ni tiap kali check memanjang rendah je HB.

Wani start makan shaklee semasa hamil anak kedua. Tapi dah 6-7 bulan la. Alhamdulillah. Dari 7 naik hampir dekat 11 sampai sebelom bersalin. Nurse cakap walaupon HB low skit tapi tetap ada kenaikan. So boleh maintain makan apa yang awak makan sekarang sebab dah serasi pada badan dan menunjukkan kesan yang baik. Apa lagi yang bagus pada Vitalea ni? Rujuk gambar dibawah.



Wani makan Vitalea dan B complex sebagai pengganti Obimin dan Asid Folic. Sebab wani dah tau kebaikan dia dan sumber dari mana. Wani ada pegi kelas nutrisi untuk timba lebih banyak ilmu juga di hoskan oleh Pakar Nutrisi Shaklee. Jadi tiada ragu lagi. Vitamin Shaklee pilihan wani. Selamat dan semulajadi. Kesemua Vitamin shaklee telah menjalani ribuan ujian klinikal oleh para saintis dan mengambil masa bertahun-tahun sebelom dijual. Jadi ibu-ibu jangan ragu ye. ^_^

Testimoni kat atas ni adalah customer regular wani yang selalu beli vitalea. Dari anak pertama sampai ke tiga ni dia amalkan Vitalea. Siapa yang mudah pitam baik lelaki atau perempuan boleh makan Vitalea ni. Sebotol ada 120biji. Tahan 2-4bulan. Jimatkan^_^



Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


3 Nov 2015

BUANG TOKSIN BADAN DENGAN SET SUPER DETOX SHAKLEE.

==========================================
PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG 019-2833710 WANI
==========================================

Assalammualaikum. Salam Sejahtera. Terima kasih sudi singgah blog wani. Ramai nak detox badan tapi tak tahu macam mana nak mulakan dan nak ambil vitamin apa. Tahukah anda Hati merupakan organ dalaman yang paling besar? ianya bersaiz sebesar bola sepak. Hati juga melakukan 80% proses detox dalam tubuh dan selebihnya barulah diikuti organ-organ yang lain. Jadi apa yang perlu detox dulu? HATI. Apa vitamin untuk detox hati? DTX COMPLEX.

Kemudian anda digalakkan detox usus kecil dan usus besar. Semuanya lengkap dengan SET DETOX SHAKLEE. Kenapa usus juga perlu detox? Kerana pembunuh no. 1 negara ketika ni adalah KANSER KOLON bagi lelaki dan no.2 bagi wanita. Kanser prostat turun ke tempat ke dua. Ini bukan pertandingan sapa yang menang, tapi kerana masalah kolon / usus ini sudah ditahap kritikal. Anda detox usus tapi anda lupa mana satu organ yang harus di detox dahulu. Jom baca sedikit Info tentang vitamin dalam set detox ini.

       



SET SUPER DETOX

*Membantu menyingkirkan toksin merbahaya dari badan
*Membantu meningkatkan kesihatan hati
*Meningkatkan seri wajah
*Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan badan
*Menghilangkan jerawat
*Membantu meningkatkan fungsi hati.


Simptom-simptom di bawah menunjukkan bahawa badan berkemungkinan mempunyai toksin yang berlebihan:


  • Jerawat/kulit kusam
  • Selalu berasa lesu dan tidak bertenaga
  • Sakit kepala yang kerap dan berulang
  • Rasa gatal
  • Emosi yang bercelaru
  • Radang pada kulit
  • Alahan
  • Ekzema
 Namun dalam persekitaran kita pada hari ini, agak mustahil untuk kita menghindarkan segala punca pengumpulan toksin dalam badan. Oleh itu, satu alternatif diperlukan bagi membantu badan mengeluarkan toksin  dan bahan buangan ini daripada badan secara selamat dan mengembalikan kesihatan badan.

Kadang-kadang kesibukan mengurus rumahtangga dan anak-anak, wani sampai lupa makan vitamin. Hasilnyaaa.. Cik ruam datang menyinggah kat dahi..haha. Kebetulan nak period lagi laaa mencanak-canak naik. Malam tadi wani ambil 2biji garlic ni sebelom tido dan minum air 2 gelas. Esok pagi bangun ruam hilang..Wohaa. Tinggal jerawat halus je. So lepas ni nak kena rajin-rajin tepek masker Esp kat muka ni ^_* .Badan kalau banyak toksin makan la ubat/vitamin apa pun, semua dia menendang balik.

Bagi ibu menyusu kurang sesuai makan sebab kandungan garlic dikuatiri bayi kembung. Wani pon menyusu baby tapi wani ambil sebiji je.. 2hari sekali makan. Lepastu minum byk air.. Tak makan makanan yang sejuk atau berangin.. Alhamdulillah baby wani ok.. Lagi pn baby dah lebih 6bulan keatas. Kalau awal-awal lagi lebih baik fokus pada SET PENYUSUAN SHAKLEE.

Jadi kalo anda berminat nak buang toksin badan nie jom grab set set super detox atau beli satu-satu. Wani boleh cadangkan vitamin yang bersesuaian dan mesra poket. Hubungi wani sekarang!!!!

~SHAKLEE MEMIKAT HATI?~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710

Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: Wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE KINI KEMBALI !!!

==========================================
PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG 019-2833710 WANI
==========================================

Hai. Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Mak is over suka sambil taip ni. hihi

PROMOSI NOVEMBER : SUSTAINED REALEASED VITA C PLUS
BUY 2 DISCOUNT 5%
BUY 6 FREE 1
BUY 1 ? CALL MAK ^_^



Ramai yang tertanya-tanya apa itu sustained released. Apa yang lebih pada vitamin c shaklee ni? Vitamin C Shaklee adalah jenis sustained release atau pelepasan perlahan-lahan dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan. Sebab kadar serapan satu-satu masa oleh tubuh badan kita adalah terhad. Sebab tu akan lepas perlahan-lahan agar semua vitamin c diserap dengan baik. Satu lagi wani suka makan vitamin c dengan vitamin lain sebab dia juga bantu penyerapan vitamin lain-lain dengan lebih efektif.  So wajib ada satu botol dalam gobok anda. Wani share dengan suami. Tu memang fav vitamin suami. B complex dan Vita c. Wani punya GLA dan Vita c.

Kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita. 

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

    Rasanya ramai dah tahu vitamin C juga bagus untuk kesihatan kulit. Kaum wanita ni memang alert bab nak santek-santek ni kan. Hehe. Ini kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

    Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
    • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
    • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
    • Mencerahkan kulit


    Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

    ~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

    Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

    Sms/whatsapp: 019-2833710
    Instagram: waniz_simple_shop
    Facebook: Noor Malawani
    Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
    Email: wanizvitamin@gmail.com
    Shaklee Id: 929525

    Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan


~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.