7 May 2015

ALERGI ATAU INTOLERANS MAKANAN? JOM KAWAL DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Wani tertarik baca satu blog yang menerangkan Alergi dan Intolerans makanan ni. Sebabnya anak wani pon alergi juga. Ok kita bezakan dulu apa itu alergi dan intolerans makanan.

Apa beza di antara alergi makanan dan intolerans makanan?





Kalau anak kita 
Alergi makanan , tindak balas nya mmg cepat dan pantas. Kadang-kadang tak sampai 5 minit kita dah boleh nampak reaksi.  Ada yang lebih pantas sampai terus nampak simptom apabila anak tu pegang atau hidu atau makan makanan tersebut. Yang ni mmg bahaya mengikut tahap alergi anak tu.

Bahayanya sampai boleh membunuh! Ye. saya tak bergurau tau. Sebab tu kalau kita pergi hospital ke doctor akan tanya kalau kita ada alergi ubat-ubatan dan makanan. Mereka sendiri tahu ape akibatnya jika termakan.

Kalau intolerans makanan pulak macam mana? Ha, yang ni biasanya  tindak balas yang lebih perlahan, selalunya berlaku beberapa jam atau hari selepas memakan makanan tertentu. Ade kesan kt salur pencernaan die. Jadi tak selesa, cirit-birit, naik rash camtu la. Tapi biasanya tak mengancam nyawa.

Ape yang menyebabkan alergi makanan dan intolerans makanan ni?
Kita kene tengoklah puncanya. Nak tahu tak, ade orang yang alergi pada beras/nasi, ade yang alergi pisang, ade yang alergi pada rumput, kelapa pun ada! Huhuu. Tapi kt bawah ni saya senaraikan yang paling popular gitu:

  • Susu dan produk tenusu
  • Kekacang
  • Gandum
  • Gluten (ni protein dalam gandum dan kengkawan gandum)
  • Buah-buahan
  • Telur
  • Ayam
  • Seafood


dan macam saya katakan tadi, ade banyak lagi bergantung kepada individu tu

Ape simptom-simptomnya?

Kalau anak kita tu ade alergi pada makanan, simptom paling biasa kita boleh nampak adalah:

  • ruam kecik-kecik merah
  • gatal-gatal sampai kadang2 tu satu badan
  • bersin
  • hidung berair atau tersumbat
  • susah nafas
  • eczema naik
  • bengkak especially kt bahagian bibir
Kalau anak kita intolerans makanan pulak, biasanya akan jadi:

  • sakit perut
  • masuk angin/kembung/kolik
  • cirit-birit
  • muntah
  • jadi suka meragam
Cumanya di nasihatkan jangan buat assumption sendiri especially kalau mula-mula ni. saya sarankan kalau syak apa-apa tu elok lah ke klinik atau hospital utk jumpa doktor dan pakar utk dapatkan konsultasi ye.

Apa yang mereka akan buat utk test sama ada anak kita ni betul-betul allergi?


Ujian cucuk kulit (skin prick test)


Ujian ini biasanya digunakan sebab ia keputusan jelas, cepat, dan mudah dilakukan. Mereka akan meletakkan ekstrak cecair makanan yang disyaki (alergen) pada kulit dan mencucuknya dengan lanset. Sebelum buat ni mmg beberapa kali la akan interview supaya mereka dapat pastikan apa yang disyaki tu.

 Jika anak anda alergi terhadap makanan tersebut, benjolan yang gatal akan muncul dalam masa 10 minit. Jika benjolan tersebut lebih daripada 3mm, ini dianggap sebagai tindak balas positif. 


Ujian darah 

Ujian ini menggunakan sampel darah yang dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan selalunya akan diketahui dalam masa 10-14 hari. Keputusan digredkan sama ada dalam skala 1-4 atau 1-6. 

Bagi kedua-dua ujian, keputusannya hanya menunjukkan tindak balas anak anda terhadap sesuatu bahan. Ujian ini tidak dapat memberitahu anda bagaimana teruk tindak balas itu. 

Perlu jugak saya nak ingatkan, walaupun dah buat dua test ni, ade jugak kebarangkalian yang anak kita akan ada alergi pada bahan lain dan tak 100% tepat

Tapi bila dah buat test ni at least kita dh boleh la pastikan benda yang dia allergi tu kita nyahkan daripada hidup dia. Kita pun jd lebih senang decide nk pi makan kt mana, kan? kan?

credit
Jadi secara rasminya Laila memang alergi makanan. Kekacang memang tak boleh sangat. Bagi pon sikit-sikit je. Dulu masa baby Laila alergi minyak rambut, bedak, losyen, minyak wangi . Senang cite produk untuk baby ni tak sesuai dengan kulit die. Nanti akan naik merah dan biji-biji ala-ala jerawat nasi. huhu. Sekarang Alhamdulillah semakin pulih.

Kadang-kadang Laila naik merah-merah, gatal-gatal jika berpeluh atau ada debu-debu ke. Jadi untuk sapu kat kulit wani akan sapu HERBAL BLEND CREAM.



Kegunaan Herbal Blend Multi-Purpose Cream
= Melembutkan kulit kasar, tumit pecah, kulit kering
= Merawat eczema
= Merawat dari gigitan nyamuk
= Merawat luka pada puting ibu menyusu
= Ubat untuk luka dan melecur
= Ruam lampin dan ruam peluh pada bayi
= Menghilangkan parut termasuk parut campak
= Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
= Sebagai losyen untuk kegunaan harian
Wajib ada sebotol kat rumah. Bukan mahai pun. RM28 sahaja. Tahan la 2bulan kalau sapu hari-hari.  Wani pakai tahan 4bulan. Jimat habis. hehehe.


Next, wani bagi Laila Omega Guard.


  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.

  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.

  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
Wani bagi Laila dua hari sekali kalau normal. Jika Laila batuk-batuk, semput, lelah , alergi ke wani akan beri sebiji setiap hari sampai dia ok. Omega bantu mengurangkan keradangan. Apa-apa supplement mesti kita minum air masak lebih. Laila memang kuat minum air masak. So wani tak risau. Oh terlupa. Supplement atau apa-apa ubat-ubatan sebaiknya diambil kanak-kanak setahun dan keatas.

Jika anda ingin dapatkan produk Shaklee dengan lebih penjimatan, wani syorkan anda mendaftar keahlian RM75 dan nikmati pelbagai manfaat sebagai ahli. Hubungi wani untuk keterangan lanjut.Jika anda berada sekitar Puchong Selangor, boleh dapatkan produk Shaklee byhand/ COD. Untuk yang luar kawasan jangan risau, wani boleh pos ke seluruh Malaysia.

~SHAKLEE MEMIKAT HATI~

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox wani

Sms/whatsapp: 019-2833710
Instagram: waniz_simple_shop
Facebook: Noor Malawani
Fanpage: WANIZ SIMPLE SHOP
Email: wanizvitamin@gmail.com
Shaklee Id: 929525

Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan 

No comments:

Post a Comment

~DISCLAIMER~

Info yang terdapat di dalam blog ini bukanlah idea asal saya. Info-info ini didapati melalui pembacaan buku, majalah kesihatan, sumber internet, testimoni-testimoni pelanggan yang sudah menggunakan Shaklee dan sebagainya.


Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.